Wednesday, 23 October 2013

BARANGAN & AKSESORI EVERGREEN TERKINI!

Dapatkan barangan & aksesori Evergreen terkini yang sudah berada di Malaysia!

Evergreen Camo Cap



Jam Tangan Kolaborasi Evergreen & Luminox



Beg "E.G Oneshoulder" 


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barang yang "limited" ini! Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada tacklesource@live.com

Monday, 5 August 2013

ROD EVER GREEN KALEIDO THE "SUPER COUGAR" KINI BERADA DI MALAYSIA!



Kepada peminat rod casting Ever Green, kami ada berita baik untuk anda! Rod Ever Green Kaleido Inspirare The "Super Cougar" kini sudah berada di Malaysia! sedikit maklumat spesifikasi mengenai rod ini adalah seperti di bawah.


TKIC-610MR Super Cougar
Length : 6'10"
Weight : 129gm
Joint : 1
 Power : Medium
Lure Weight :1/4-3/4oz
Line : 8-18Lbs




Blanks

Ever Green telah menggunakan "4-axis technology" dalam menghasilkan blank rod ini.(original 4-axis cross hybrid and wrap specs)


Guide System

Cincin yang digunakan untuk rod ini adalah (Fuji titanium frame Sic ring Guide). Kelebihan penggunaan cincin ini adalah mengurangkan power loss semasa membuat lontaran dan ketika hookup.



Fore Grip

Fore grip yang ringan dengan rekabentuk menarik, rekaan winding check yang inovatif dan ber sensitiviti tinggi.




Reel Seat
 
Struktur reel seat Fuji ECS yang sangat selesa.



Sign

"Cop mohor" rasmi pada bahagian atas reel seat.



Grip

Rekabentuk grip rod ini adalah lebih fokus kepada kebolehgunaan dan keringanan. Dengan menggunakan cork sebagai grip utama, pemindahan sensitivity rod dapat dirasakan dengan lebih baik. 


Teruskan bersama Ever Green Fishing Malaysia!

Thursday, 1 August 2013

"PEKAN MOST WANTED" DENGAN ROD EVERGREEN POSEIDON SPIN JERKER LIGHT!

Ebek, spesis utama yang didambakan oleh setiap pemancing jika ke Pekan, Pahang. Bila kena pada masa dan musimnya pasti peluang untuk menjerat suspek ini tidak akan dilepaskan. Untuk trip ini, kami sendiri telah menggunakan rod Evergreen Poseidon Spin Jerker Light PSPJ603L PE2 dan PSPJ603L-5 PE 2.5. Rod ini juga menjadi kegemaraan dan kegilaan kebanyakan Mat jigging ringan tegar di seluruh Malaysia. Antara spesifikasi menarik mengenai rod ini adalah cincin titanium SIC yang tahan pada geseran tinggi dan corrosion, Non slip coating reel seat (lapisan istimewa khas yang sentiasa kesat walaupun dalam keadaan basah, anti gelincir), struktur rod & blank yang mempunyai lifting power yang kuat, sensitivitybonanza coating pada blank dan EVA grip yang berkualiti tinggi! Sedikit laporan memancing kami kongsikan bersama anda seperti di bawah.

PSPJ603L

PSPJ603L

PSPJ603L

PSPJ603L

PSPJ603L

PSPJ603L

PSPJ603L

PSPJ603L-5

PSPJ603L-5

Spesimen ini berjaya didaratkan dengan menggunakan Rod Poseidon Spin Jerker Light PSPJ603L-5

Teruskan bersama Ever Green Fishing Malaysia!

Thursday, 18 July 2013

UJIAN LAPANGAN ROD JIGGING POSEIDON!

Untuk kaki jigging, Evergreen telah mengeluarkan beberapa jenis rod jigging premium untuk melengkapkan peralatan jigging anda. Bukan sahaja reka bentuk nya sahaja yang menarik, kekuatan, sensitivity  serta kualiti rod itu ada class nya yang tersendiri. Rod ini juga amat bersesuaian digunakan di perairan Negara kita. Oleh itu, kami sendiri telah membuat ujian terhadap rod jigging Evergreen Poseidon ini.

Rod Evergreen Poseidon Slow jerker PSLJ 603-3

GT ini berjaya diperdaya dengan menggunakan jig Evergreen Javelin Jet 160gm 

Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker PSPJ 502

Spesimen seberat 15kg ini berjaya dinaikkan dengan menggunakan Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker PSPJ 502

Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker PSPJ 502

Double Hookup! Spin Jerker PSPJ 502 VS High Pitch Jerker PHPJ 504

Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker PSPJ 502 dipadankan dengan kekili Shimano Stella 8000PG

Rod Evergreen High Pitch Jerker PHPJ 504 yang dipandankan dengan kekili  Shimano Ocea Jigger 


Rod yang mempunyai Lifting Power yang sangat mantap!

Rod Poseidon Slow jerker PSLJ 603-3, tip nya yang lembut amat sesuai dimainkan dengan kaedah jigging secara perlahan.

Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker PSPJ 502

Teruskan setia bersama kami! Tunggu update yang seterusnya!

Wednesday, 17 July 2013

GEWANG EVERGREEN COMBAT CRANK!




Memancing hari ini bukanlah semudah dahulu yang mana bilangan ikan nya banyak dan mudah dipujuk dengan apa jenis gewang yang digunakan. Peningkatan bilangan pemancing yang meningkat dan bilangan ikan yang berkurangan menyukarkan kita untuk menjeratnya. Inovasi peralatan dan gabungan skill pemancing adalah menjadi kunci utama untuk mengatasi masalah ini. Dalam siri kali ini kami ingin kongsikan salah satu gewang keluaran Ever Green yang diberi nama “Combat Crank”.  Terdapat beberapa model yang mana setiap model yang dikeluarkan mempunyai perbezaan kedalaman selaman, bentuk dan mempunyai variasi warna yang mengancam. Maklumat mengenai gewang ini adalah seperti dibawah;



Combat Crank dihasilkan dengan bahan yang berkualiti tinggi dan tahan pada gigitan tajam pemangsa seperti Toman. Gewang ini mempunyai sistem pemindah berat yang terbaik berbanding gewang jenis crank bait yang lain dan membolehkan jarak lontaran dibuat lebih tepat dan maksimum. Bentuk dan aksi nya bukan sahaja kelihatan menarik tetapi mampu merangsang selera ikan untuk membedalnya. Ia terbukti berkesan digunakan untuk padang pancingan air tawar mahupun air masin!. Seterusnya sila lihat sedikit gambar hasil pancingan kami dengan menggunakan gewang ini;




















 








Teruskan bersama Ever Green!