Wednesday, 17 July 2013

GEWANG EVERGREEN COMBAT CRANK!




Memancing hari ini bukanlah semudah dahulu yang mana bilangan ikan nya banyak dan mudah dipujuk dengan apa jenis gewang yang digunakan. Peningkatan bilangan pemancing yang meningkat dan bilangan ikan yang berkurangan menyukarkan kita untuk menjeratnya. Inovasi peralatan dan gabungan skill pemancing adalah menjadi kunci utama untuk mengatasi masalah ini. Dalam siri kali ini kami ingin kongsikan salah satu gewang keluaran Ever Green yang diberi nama “Combat Crank”.  Terdapat beberapa model yang mana setiap model yang dikeluarkan mempunyai perbezaan kedalaman selaman, bentuk dan mempunyai variasi warna yang mengancam. Maklumat mengenai gewang ini adalah seperti dibawah;



Combat Crank dihasilkan dengan bahan yang berkualiti tinggi dan tahan pada gigitan tajam pemangsa seperti Toman. Gewang ini mempunyai sistem pemindah berat yang terbaik berbanding gewang jenis crank bait yang lain dan membolehkan jarak lontaran dibuat lebih tepat dan maksimum. Bentuk dan aksi nya bukan sahaja kelihatan menarik tetapi mampu merangsang selera ikan untuk membedalnya. Ia terbukti berkesan digunakan untuk padang pancingan air tawar mahupun air masin!. Seterusnya sila lihat sedikit gambar hasil pancingan kami dengan menggunakan gewang ini;




















 








Teruskan bersama Ever Green!







No comments:

Post a Comment